Tuesday, 13 December 2011

Ada Ketika [ini saya ambil dari sebuah magazine, tak ingat]

Ada waktu kita diuji
Sedetik pertemuan, bernoktah pepisahan
Ada waktu kita di uji
Mimpi indah berakhir sebelum dinihari
Ada waktu kita diuji
Sebaris perasaan tidak terucap oleh perkataan
Itulah hidup, itulah kehidupan
Ada ketika kita menangis
Pabila kasih dipersenda
Ada ketika kita harus gagah
Walau di dada ada gempa
Ada ketika kita harus sendiri
Mengesat air mata di jemari sendiri
Walau ada selumbar menusuk hati

Wednesday, 30 November 2011

...Hanya Dalam Mimpi...

Biar aku bermimpi
Untuk sekejap lagi
Menikmati keindahan dongengan ini
Biar aku bermimpi
Untuk sehari lagi
Kerana ku rela ditemani
Bahagia dalam mimpi
Kerna takut esok tidak ku temui
Biar aku bermimpi
Untuk selamanya
Kerna mimpi ini sangat indah
Ku lari dari kenyataan
Kerna tak sanggup meniti hari mendatang
Ku takut kehilangan lagi
Dan biarkan aku terus begini
Walau hanya dalam mimpi

Thursday, 24 November 2011

....Alone.....

Jauh di sudut hati
Aku bersendiri
Jauh di jiwa sepi
Aku kesunyian
Dalam mencari jawapan
Dalam meniti harapan
Menggenggam sekelumit ketabahan
Untuk mendaki setapak lagi
Menggamit indahnya pelangi
Terbentang indah di langit lazuardi
Sedang suratan tangan ini
Menggenggam bara api
Yang ku cipta sendiri

Sunday, 20 November 2011

Pertemuan...

Dalam pertemuan itu
Tercari makna renunganmu
Tertanya-tanya erti kemesraanmu
Yang pernah kau hulur padaku

Akhir pertemuan itu
Aku kehilangan bayang dirimu
Tertanya-tanya khabarmu
Yang hilang sejak pertemuan itu

Kini aku menyedari
Kau hanya bermain dalam emosiku
Meninggalkan seribu pertanyaan
Yang telah pun ku temui jawapan
Dan hati terus kesakitan

Saturday, 19 November 2011

..Satu Wajah...

Wajah ini
Cuba pamirkan senyum
Wajah ini
Cuba mendaki ceria
Wajah ini
Cuba pahatkan gembira
Tapi
Hati ini
Berderaian bak kaca terhempas
Hati ini
Hancur remuk seluruh jiwa
Hati ini
Berlagu satu derita
Tanpa mereka tahu
Saat melihat wajahku

Wednesday, 9 November 2011

Luka...

Saat aku melewati
Setiap jeti kenangan
Cuba mencari erti
Titik-titik kasih yang pernah tercipta
Dan kau makin jauh
Dan dingin lirikan matamu
Dapat aku mentafsir
Lantas kau pun berlalu
Dan berbisik padaku
..maaf atas kemesraan lalu, hati ini bukan lagi untukmu…

Sunday, 30 October 2011

..Dan Masih Lagi..

Masih lagi aku
Pada kenangan lalu
Yang menjadi tsunami di hatiku
Yang menggempa nun jauh di dalam sana
Masih lagi aku
Menanti kau kembali
Menjemput aku untuk ke dua kali
Masih lagi aku
Sudi memaafkanmu
Biar pun pernah aku kau lukakan
Demi kasih ku padamu
Masih lagi engkau
Masih lagi begitu
Terus melukakan aku
Yang masih terus setia padamu

Sepi...

Malam yang sepi
Bulan menjauhkan diri
Malam masih sepi
Bintang bukan teman lagi
Malam makin sepi
Hanya bisikan unggas yang menyanyi
Mungkin seakan mengerti
Sebuah wajah yang kian lesi
Di saat engkau tiada di sisi
Meninggalkan sekeping hati

Friday, 28 October 2011

Pesanan buat anda...

“Pulau itu cukup cantik, tetapi bagaimana aku bermatian berenang ke sana, dan cuma mendapati ia hanya batu yang biasa, keras dan berlumut? Hakikatnya kita selalu nampak sesuatu yang lebih cantik dan menarik berbanding apa yang kita miliki. Dan kita pula kadangkala sanggup memperjudikan nasib demi sesuatu yang tidak pasti. Sekilas pandang, memang ia cantik, tapi aku lebih suka di sini. Tidak mengapa kalau tidak ke sana, biarlah…”

Siapakah Manusia Itu...:)

Dalam hidup ini memang banyak kesilapan
Tapi, sebagai manusia kita memang tak lari dari membuat kesilapan
Dan oleh kerana kita “manusia” itu,
kita takkan sedar dan berubah bila kita melakukan kesilapan
kerana kita tahu kita “manusia” yang sentiasa dan akan melakukan kesilapan

Wednesday, 10 August 2011

Kita Yang Terleka

Dunia ini hanya sementara
Kerana ia pinjaman semata
Namun mereka sering berkata
Dunia ini mereka yang punya
Berkiblatkan cinta, harta dunia
Dan aku sering terlena
Dengan khayalan duniawi
Sedang aku tiada berdaya
Hanya iman dan akal penetu segala
Namun akuilah kebenaran
Aku, engkau serta mereka
Akan percaya..suatu hari nanti..akan tiba masa
Kita kesali atas segalanya
Kita makin kelam di alam nyata
Kita pasrah pada hukum karma
Dan..kita kan kembali pada-Nya