Wednesday, 30 November 2011

...Hanya Dalam Mimpi...

Biar aku bermimpi
Untuk sekejap lagi
Menikmati keindahan dongengan ini
Biar aku bermimpi
Untuk sehari lagi
Kerana ku rela ditemani
Bahagia dalam mimpi
Kerna takut esok tidak ku temui
Biar aku bermimpi
Untuk selamanya
Kerna mimpi ini sangat indah
Ku lari dari kenyataan
Kerna tak sanggup meniti hari mendatang
Ku takut kehilangan lagi
Dan biarkan aku terus begini
Walau hanya dalam mimpi

Thursday, 24 November 2011

....Alone.....

Jauh di sudut hati
Aku bersendiri
Jauh di jiwa sepi
Aku kesunyian
Dalam mencari jawapan
Dalam meniti harapan
Menggenggam sekelumit ketabahan
Untuk mendaki setapak lagi
Menggamit indahnya pelangi
Terbentang indah di langit lazuardi
Sedang suratan tangan ini
Menggenggam bara api
Yang ku cipta sendiri

Sunday, 20 November 2011

Pertemuan...

Dalam pertemuan itu
Tercari makna renunganmu
Tertanya-tanya erti kemesraanmu
Yang pernah kau hulur padaku

Akhir pertemuan itu
Aku kehilangan bayang dirimu
Tertanya-tanya khabarmu
Yang hilang sejak pertemuan itu

Kini aku menyedari
Kau hanya bermain dalam emosiku
Meninggalkan seribu pertanyaan
Yang telah pun ku temui jawapan
Dan hati terus kesakitan

Saturday, 19 November 2011

..Satu Wajah...

Wajah ini
Cuba pamirkan senyum
Wajah ini
Cuba mendaki ceria
Wajah ini
Cuba pahatkan gembira
Tapi
Hati ini
Berderaian bak kaca terhempas
Hati ini
Hancur remuk seluruh jiwa
Hati ini
Berlagu satu derita
Tanpa mereka tahu
Saat melihat wajahku

Wednesday, 9 November 2011

Luka...

Saat aku melewati
Setiap jeti kenangan
Cuba mencari erti
Titik-titik kasih yang pernah tercipta
Dan kau makin jauh
Dan dingin lirikan matamu
Dapat aku mentafsir
Lantas kau pun berlalu
Dan berbisik padaku
..maaf atas kemesraan lalu, hati ini bukan lagi untukmu…