Meniti, menapak satu persatu
Mengengsot pon aku rela
Janji jangan alpa
Tak mahu gelojoh
Takut aku akan jatuh
Kerna ada titi sudah rapuh
Berkeriut bunyinya
Ngilu di telinga
Tak mahu salahkan titi
Biar saja aku yang berhati-hati
Walau langit terbentang luas, Lautan tanpa tepian, Dan bumi tanpa penghujung, Namun fikiran masih terhenti..
Monday, 18 June 2012
Erkkkk...
Bebas tapi terbatas
Rindu tak bisa lepas
Cinta masih tertanya-tanya
Hati tak bisa mati
Masih banyak perkara menanti
Rindu tak bisa lepas
Cinta masih tertanya-tanya
Hati tak bisa mati
Masih banyak perkara menanti
Sunday, 17 June 2012
Go away
Kalau kau mahu pergi
Buat sahaja
Jangan kau kembali
Buat aku sakit hati
Baru aku sedari
Salama ini aku tersilap penilaian
Aku dambakan bulan
Rupanya hanya batu meteor tajam
Yang hanya menyakitkan
Biar aku di sini
Tak perlu kaget lagi
Kerna aku sudah biasa
Kangen pada yang tiada
Mengharap bukan pada aku yang punya
Buat sahaja
Jangan kau kembali
Buat aku sakit hati
Baru aku sedari
Salama ini aku tersilap penilaian
Aku dambakan bulan
Rupanya hanya batu meteor tajam
Yang hanya menyakitkan
Biar aku di sini
Tak perlu kaget lagi
Kerna aku sudah biasa
Kangen pada yang tiada
Mengharap bukan pada aku yang punya
Tuesday, 5 June 2012
Syaitan Bertopengkan Manusia
Bayangan itu membontoti setiap langkah
Mata itu menyoroti lenggok tubuh
Seperti ular meneropong mangsa
Seperti anjing mahu menerkam mangsa
Memang cilaka
Lari
Larilah kau perawan
Jangan biar si bangsat bermaharajalela
Lawan
Lawan lah takut mu perawan
Biar dia tahu kau tidak gentar
Melawan si syaitan yang bertopengkan manusia
Hati-hati lah kau
Berdoa lah kau
Di setiap langkah kau
Di bumi pancaraoba dan gila ini
Agar Tuhan peliharamu si perawan
Mata itu menyoroti lenggok tubuh
Seperti ular meneropong mangsa
Seperti anjing mahu menerkam mangsa
Memang cilaka
Lari
Larilah kau perawan
Jangan biar si bangsat bermaharajalela
Lawan
Lawan lah takut mu perawan
Biar dia tahu kau tidak gentar
Melawan si syaitan yang bertopengkan manusia
Hati-hati lah kau
Berdoa lah kau
Di setiap langkah kau
Di bumi pancaraoba dan gila ini
Agar Tuhan peliharamu si perawan
Situasi
Situasi ini
Bisa meranap urat nadi
Melonglaikan rongga kedegilan
Mematahkan sayap keangkuhan
Menyanggah kesedaran emosi
Bahawasanya pameran ini makhluk kesepian
Lantas, aku kini bak anggerik rimba
Tiada siapa tahu erti hembusan bayunya
Yang terlindung kerana keresahan
Yang selamanya kepasrahan
Bisa meranap urat nadi
Melonglaikan rongga kedegilan
Mematahkan sayap keangkuhan
Menyanggah kesedaran emosi
Bahawasanya pameran ini makhluk kesepian
Lantas, aku kini bak anggerik rimba
Tiada siapa tahu erti hembusan bayunya
Yang terlindung kerana keresahan
Yang selamanya kepasrahan
Malang
Bertepuk sblh tangan sudah dikira malang. Tapi, jika dua belah tangan tak mampu bertepuk, pasti lebih malang..
Monday, 4 June 2012
Penunggu
Semalam
Kau datang
Mengejutkan penantian aku si penunggu sepi
Menghentikan lamunan atas pemergian
Namun
Kau hilang kembali
Meninggalkan aku untuk kesekian kali
Lalu, hadir lagi kisah ini
Menggumpal seribu penafian air mata
Yang kau tegar lakukan untuk aku
Kau datang
Mengejutkan penantian aku si penunggu sepi
Menghentikan lamunan atas pemergian
Namun
Kau hilang kembali
Meninggalkan aku untuk kesekian kali
Lalu, hadir lagi kisah ini
Menggumpal seribu penafian air mata
Yang kau tegar lakukan untuk aku
Sunday, 3 June 2012
Haryani Capulet
Semalam kita berbicara tentang hidup, masa depan, kerisauan, kegembiraan
Walau lebih sedekad, kita masih utuh dan ampuh
Malayari arus talian sahabat yang kita bina
Walau idea kadangnya tidak sekata, walau minat kadangnya tidak selari, walau kadangnya terguris hati, tapi..
Kita masih sama
Walau kita kini di ambang dewasa
Dan kau nun jauh di seberang sana
Bicara kita masih senada
Bicara kita masih sama
Bicara kita untuk kita
Walau lebih sedekad, kita masih utuh dan ampuh
Malayari arus talian sahabat yang kita bina
Walau idea kadangnya tidak sekata, walau minat kadangnya tidak selari, walau kadangnya terguris hati, tapi..
Kita masih sama
Walau kita kini di ambang dewasa
Dan kau nun jauh di seberang sana
Bicara kita masih senada
Bicara kita masih sama
Bicara kita untuk kita
Friday, 1 June 2012
Oh Mimpi
Dada berkocak rancak
Nafas tercungap deras
Hati berdetak kerap
Mata terkatup berkerut
Renik peluh bertempias
Lalu tersentak aku
Kerana sentuhan oleh sesuatu
Bangunkan aku dari beradu
Oh mimpi ngeri
Nyah lah kau dari sini
Jgn kau dtg lagi
Ku takut bertukar realiti
Nafas tercungap deras
Hati berdetak kerap
Mata terkatup berkerut
Renik peluh bertempias
Lalu tersentak aku
Kerana sentuhan oleh sesuatu
Bangunkan aku dari beradu
Oh mimpi ngeri
Nyah lah kau dari sini
Jgn kau dtg lagi
Ku takut bertukar realiti
Subscribe to:
Comments (Atom)