Sunday, 15 July 2012

Aku bukan bunga-bunga punye orang

serius weh. aku bukan jiwang punya orang. tapi bila menulis tetiba jadi macam ni, bukan salah aku..teeheeee :D

Thursday, 12 July 2012

HATI

Hati yg satu
Peranan yg beribu
Kadang berliku
Kadang pula terheret di ruang buntu

Jangan kau begitu
Jangan lah kau membeku
Bukalah ruang-ruang pintu
Wahai hati yg satu
Kekal lah kau berganda jitu
Kerna Dia pasti bersamamu
Teruslah kau di situ
Melangkah terus tanpa ragu

Tuesday, 10 July 2012

Terlewatkah?

Lewat ini
Hati resah gundah
Jadi apakah?
Sepertinya mendorong laku ku menjadi buntu
Lantas nikmat alam tak ku rasa
Hanya melintas di ubun-ubun subuh
Saat aku masih berdengkur di pagi berkabus
Sambil tibanya mentari tegak di kepala

Mungkin ku tak meminta
Mungkin ku jarang meminta
Atau mungkin ku tak pernah meminta
Dari-Nya

Mungkin percuma aku di dunia ini
Mungkin kerna sering ku lupa diri
Kepada-Nya

Jelek nya aku
Hina nya aku
Rapuh nya aku
Yang tak ubah persis patah-patah sayap yang senget kemudinya

Aku mahu kembali
Pandulah aku dalam kepulangan ini
Suluhi aku cahaya walau hanya sebatang dian
Agar ku pantas bingkas dari bongkahan gelap ini
Janganlah tertewas lagi
Biar aku yakini aku mampu
Biar aku yakini suara hati ku kian padu
Suara hati yang buat aku pasti
Hati aku akan pasti

Monday, 9 July 2012

Anuar Zain - Jangan Bersedih Lagi

Kekasihku
Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata di pipi(mu)
Kekasihku
Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan
Impian bersama
Jangan dikesali
Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia
Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha

( bridge )
Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi
Aku masih mengharap
Segalanya kan
Berulang semula

( korus )
Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah

Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha

Tuesday, 3 July 2012

Sendiri

Sendiri
Bukan mahu lari
Sendiri lagi
Aku perlu waktu diri
Persis aku kini
Mahu sendiri-sendiri
Kau bisa ngomong aku sombong
Sungguh, hati ini tidak bisa berbohong

Dan lagi,
Aku masih perlu waktu diri
Biar saja aku sendiri
Buat waktu berpurnama ini

Monday, 18 June 2012

TITIAN

Meniti, menapak satu persatu
Mengengsot pon aku rela
Janji jangan alpa
Tak mahu gelojoh
Takut aku akan jatuh
Kerna ada titi sudah rapuh
Berkeriut bunyinya
Ngilu di telinga
Tak mahu salahkan titi
Biar saja aku yang berhati-hati

Erkkkk...

Bebas tapi terbatas
Rindu tak bisa lepas
Cinta masih tertanya-tanya
Hati tak bisa mati
Masih banyak perkara menanti

Sunday, 17 June 2012

Go away

Kalau kau mahu pergi
Buat sahaja
Jangan kau kembali
Buat aku sakit hati

Baru aku sedari
Salama ini aku tersilap penilaian
Aku dambakan bulan
Rupanya hanya batu meteor tajam
Yang hanya menyakitkan

Biar aku di sini
Tak perlu kaget lagi
Kerna aku sudah biasa
Kangen pada yang tiada
Mengharap bukan pada aku yang punya

Tuesday, 5 June 2012

Syaitan Bertopengkan Manusia

Bayangan itu membontoti setiap langkah
Mata itu menyoroti lenggok tubuh
Seperti ular meneropong mangsa
Seperti anjing mahu menerkam mangsa
Memang cilaka

Lari
Larilah kau perawan
Jangan biar si bangsat bermaharajalela
Lawan
Lawan lah takut mu perawan
Biar dia tahu kau tidak gentar
Melawan si syaitan yang bertopengkan manusia

Hati-hati lah kau
Berdoa lah kau
Di setiap langkah kau
Di bumi pancaraoba dan gila ini
Agar Tuhan peliharamu si perawan

Situasi

Situasi ini
Bisa meranap urat nadi
Melonglaikan rongga kedegilan
Mematahkan sayap keangkuhan
Menyanggah kesedaran emosi
Bahawasanya pameran ini makhluk kesepian

Lantas, aku kini bak anggerik rimba
Tiada siapa tahu erti hembusan bayunya
Yang terlindung kerana keresahan
Yang selamanya kepasrahan

Malang

Bertepuk sblh tangan sudah dikira malang. Tapi, jika dua belah tangan tak mampu bertepuk, pasti lebih malang..

Monday, 4 June 2012

Penunggu

Semalam
Kau datang
Mengejutkan penantian aku si penunggu sepi
Menghentikan lamunan atas pemergian
Namun
Kau hilang kembali
Meninggalkan aku untuk kesekian kali
Lalu, hadir lagi kisah ini
Menggumpal seribu penafian air mata
Yang kau tegar lakukan untuk aku

Sunday, 3 June 2012

Haryani Capulet

Semalam kita berbicara tentang hidup, masa depan, kerisauan, kegembiraan
Walau lebih sedekad, kita masih utuh dan ampuh
Malayari arus talian sahabat yang kita bina

Walau idea kadangnya tidak sekata, walau minat kadangnya tidak selari, walau kadangnya terguris hati, tapi..

Kita masih sama
Walau kita kini di ambang dewasa
Dan kau nun jauh di seberang sana
Bicara kita masih senada
Bicara kita masih sama
Bicara kita untuk kita

Friday, 1 June 2012

Oh Mimpi

Dada berkocak rancak
Nafas tercungap deras
Hati berdetak kerap
Mata terkatup berkerut
Renik peluh bertempias
Lalu tersentak aku
Kerana sentuhan oleh sesuatu
Bangunkan aku dari beradu

Oh mimpi ngeri
Nyah lah kau dari sini
Jgn kau dtg lagi
Ku takut bertukar realiti

Wednesday, 30 May 2012

Apa-apa lah

Hidup itu dipenuhi impian..
Tanpa disedari, masa pantas berlalu..

Buat Apa?

Buat apa kau kembali?
Sekadar nak membangkit memori
Kau tahu aku dah "delete" sejak dulu
Walau pahit sampai tercekik!

Tapi kau degil, masih kembali
Mengundang memori yang dah basi
Tapi kau masih begini
Masih tanpa emosi
Menjadikan aku insani
Yang penuh benci melihat kau yang hipokrasi!

Sunday, 27 May 2012

Jalan Masih Panjang

Kerana langkah masih terus
Mencari idaman fantasi
Rasanya makin luluh
Oleh sejarah penuh liku

Kerana diri di alam realiti
Terus mencari secebis harapan
Agar hidup dihujani keberhasilan
Dan melangkah penuh kepastian

Apakah hidup ini
Meletak yang lemah di antara cenuram
sedang si gagah terus melangkah
Tanpa simpati di hati hempedu

Mungkin ini suratan alam
Lalu diri terus mengecil
Di antara harapan dan kekecewaan

Problema

Masalah?
Lumrah kejadian manusia
Bila bermasalah, mengeluh
Tiada masalah, tak lengkap kah hidup?
Dan sabagai insan
Ku mensyukuri nikmat-Nya

Bersabarlah sayang
Menghadapi sebahagian dugaan
Untuk melarik sejuta lagi cabaran
Tempuhlah sayang
Bersama akal dan iman
Agar kita tak tersingkir dari jalan kebenaran
Dan ingatlah sayang
Melarikan masalah bukan kemenangan
Membiarkan masalah meneruskan persoalan
Jadi wahai sayang
berpijak di bumi yang nyata
Hampiri kenyataan, keperitan
Kita bisa menemui kebahagiaan

PALSU

Menilai keihklasan
Sukar mencari kejujuran
Tersembunyi di celahan sang lalang
Yang sering meliuk lentok
Di kala angin berperang

Antara kejujuran
Sukar mencari pengertian
Harapan berganti hampa
Lantas budi persis hama

Mengenang itu
Aku mencari-cari
Keikhlasan serta kejujuran
Yang penuh keluhuran

Rumah Kasihan

Mata itu kian cengkung
Terkocak kolamnya, lalu..
Titisan sendu tumpah jua
Wajah itu pamer kelesian
Bagai memaki hidup penuh sialan
Mata itu merenung jauh
Hanya perhati wayang dunia
Mungkin persis kepalsuan melata

Si jari yang berkedut buruk
Menguis tanah di "villa" barunya
Hati rabak persik baju kurung kedahnya yang camping
Mungkin terlihat dirinya
Di antara butir-butir tanah itu

Betapa jahilnya bilamana dipijak
Oleh sang manusia
Sedang mereka asalnya dari tanah jua

Si tua terkenang generasinya
Betapa zalim mereka
Bila mana,
Si ibu tercampak di rumah kasihan!

Times is Flying

Akhirnya saya sedar juga bahawasanya sepanjang tahun 2012 ini (dah nak penghujung May pon..) saya belum lagi update sebarang cerita. Saya sedar, tahun 2012 agak sibuk. So, sekarang, Alhamdulillah. mungkin aktiviti agak berkurangan. Maka, saya akan cuba menulis, menulis dan terus menulis.

Lately saya agak follow cerita Seindah Sakura. Tapi apa yang saya lebih tertarik sangat adalah theme song drama tu. Saya suka melodi dan lirik lagu "Ku Tiba Lagi". Entahlah, melody yang catchy, lirik yang amat indah. So, saya copy and paste je lirik lagu tu. Hayatilah lirik lagu ini...

Verse 1 :
Menanti bicaramu menyambut kataku...
Bagaikan puisi mimpi mengindahi lenaku..
Hadir cahayamu menari dimataku..
Lembut jiwa menyambutku..
Mimpi kita bersatu..

Bridge : Dan ku mengharap
Sinar hatiku bertemu

Chorus :
Kutiba lagi..
bersama rasa rindu datang bertamu..
Diruang hati kecil yg berbicara..
Ingatilah diriku ini bersama
Kenangan itu...

Walaupun ku lihat bintang-bintang di balik awan..
Gugurnya kebumi menjadi impian
Takkan ku lepas apa yg ku harapkan
Kerna ku untuk mu

Verse 2 :
Apa mungkinku melakari memorimu..
Di wajah langit membiru..
Awan putih tintaku..

Bersama kita mengejar rasa sempurna
Walau hakikat ku tahu..
Mimpi tiada bersatu..

Ulang Bridge & Chorus.

Bridge II : Takkan lena walau seketika
Bisikan mimpi pasti berbicara
Tak pernah jemu menanti dirimu
Hingga kau menjelma

Repeat Bridge & Chorus.

song by Hyper Act.
Lyric by frozen