Sunday, 27 May 2012

Jalan Masih Panjang

Kerana langkah masih terus
Mencari idaman fantasi
Rasanya makin luluh
Oleh sejarah penuh liku

Kerana diri di alam realiti
Terus mencari secebis harapan
Agar hidup dihujani keberhasilan
Dan melangkah penuh kepastian

Apakah hidup ini
Meletak yang lemah di antara cenuram
sedang si gagah terus melangkah
Tanpa simpati di hati hempedu

Mungkin ini suratan alam
Lalu diri terus mengecil
Di antara harapan dan kekecewaan

No comments:

Post a Comment